Aceh I Gebrak24.com - Asal usul nama Cut dan Teuku yang digunakan oleh masyarakat Aceh secara meluas, sebenarnya nama-nama ini digunakan oleh para bangsawan ketika zaman Sultan Iskandar Muda 
Gelaran ini sama sahaja dengan Raden Mas, Raden Ajeng di Jawa. Namun, bukan tentang Raden yang saya kupaskan perasan begitu banyaknya nama-nama unik yang dimiliki rakyat Indonesia. Itulah warna warni yang kita mahu ketahui asalnya.
Sebagaimana di Malaysia, kita ada pangkal nama Puteri, Ku, Tengku, Engku dan sebagainya. 
Gelaran Cut ini digunakan oleh kaum perempuan bangsawan. Dan, nama ini akan diteruskan sehingga ke anak cucunya jika mereka berkahwin dengan mereka yang berpangkat Teuku.
Apa pula gelaran Teuku tu? Nah! Ia adalah gelaran bagi kaum lelaki bangsawan Aceh. Teuku  hulubalang atau dalam bahasa Aceh mereka disebutkan sebagai 'Ulee Balang'. Gelaran ini akan diperoleh oleh anak-anak lelaki yang mempunyai ayah dengan pangkal nama Teuku. 
Golongan bangsawan ni pula terbahagi kepada dua. Yang satu Bangsawan lama. Satu lagi bangsawan baru. Mereka adalah bendahara, maharaja dan pang ulee 
Dan banyak lagilah. Mereka ni semua telah berkuasa sejak zaman Iskandar Muda. Bahkan, sejak zaman Sayyidil Mukammil. Rata-rata mereka ada di Pidie dan Lhokseumawe
Bangsawan ni pula adalah bangsawan pendatang dari Aceh Besar yang membuka ladang-ladang lada di Pantai Timur serta Selatan Aceh.  Berikut contoh beberapa tokoh yang memakai nama Cut. Po Cut Barein, Cut Nyak Dhien, Cut Nyak Meutia dan banyak lagi. (Usman Cut Raja)
Asal Usul Cut dan Teuku

Komentar
- Asal Usul Cut dan Teuku
- 0



 
 
 
 
